Posts

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

 Anak pertama memang dah cakap dengan suami nak bersalin di hospital swasta.Orang cakap best bersalin kat hospital swasta ni.Jadi cikjah mula google Dr pakar sakit puan di Seremban ni dan baca banyak pasal Dr Sukhilmi.Jadi cikjah buat appoinment dan booking dengan beliau di kliniknya.Masa tu Hospital Bersalin Sukhilmi belum siap. Cikjah keluar tanda pukul 8 malam 9/9/2009. Cantik tarikh dia kan?Tapi berdasarkan pembacaan cikjah anak pertama biasanya akan sakit lebih 12 jam. Jadi cikjah call bagitau suami dah start keluar tanda ni jadi bersedialah mungkin esok bersalin.Suami masa tu di KL dan cikjah di Pilahdelphia. Pukul 4 pagi kontraksi semakin kuat jadi cikjah ajak mama ke hospital.Bayangkan masa tu bulan puasa.Kesian mama dan adik lelaki cikjah.Sahur pun makan kurma je.Perjalanan ke hospital Salam mengambil masa 35-45 minit.Bersyukur sangat ada Cik Amad yang boleh bawakan ke hospital. Singgah beli McDonald berhampiran Hospital Salam untuk bersahur.Tapi cikjah tak makan pun. Nak ...

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang

 20/4/2011 Anak pertama lahir di hospital swasta jadi anak kedua cikjah fikir nak jimat bajet.Lagipun sama je kan sakit nak bersalin tu sama je di mana-mana pun. Lagipun cikjah kan orang gomen juga.Masa nila boleh nak pakai priviledge tu kan.Itu kata-kata nak sedapkan hati. Alhamdulillah mama cikjah ada untuk tolong jaga Bang man.Pagi 20 April 2011 dah start keluar tanda jadi cikjah ajak suami ke hospital Selayang dalam pukul 8 pagi.Sebelum tu singgah sarapan di restoren berhampiran hospital. Sampai di hospital doktor pelatih check bukaan dan baru 2 cm katanya, jadi dia suruh balik dulu dan datang apabila contraction menjadi semakin kerap.Lagipun wad penuh jadi dia suruh balik dulu.Suspens jugakla tapi balikla jugak. Pukul 10 malam bila contraction dah jadi setiap 15 minit cikjah ajak suami ke hospital.Masa ni bersyukur sangat sebab ada mama tolong jagakan si sulung.Masa tu iman pun kecikla lagi.Masih menyusu badan bila nak tidur. Sampai di hospital Dr check bukaan lagi sekali dan ...

IUCD atau Implanon?

 Dr Vicky suggest  cikjah guna kaedah perancangan keluarga IUCD atau Implanon. Dia cakap kalau IUCD ada banyak kes pregnant juga tapi kalau implanon langsung takde. Success rate dia 100% tapi company dia cakap 99% sebab takut kena saman kalau sekiranya ada yang pregnant juga. Tapi kedua-dua kaedah ni akan kacau hormon.Semuanya bergantung kepada badan seseorang. Kalau IUCD cikjah dah seram sebab dia akan masukkan kat 'bawah' tu.Implanon pula dia akan masukkan di bawah kulit di bahagian lengan. IUCD kena tukar setiap 3 tahun. Implanon ada yang setiap 3 tahun atau 5 tahun. Caj Implanon RM800 bagi yang 5 tahun. IUCD cikjah tak tanya pulak sebab seramla sebab penjagaan dia lebih. Kenapa sistem kalender tak berkesan dah?sejak anak kedua cikjah praktiskan kaedah ni.Maklumla jarak anak kedua dan pertama rapat sangat.Anak pertama 11 bulan cikjah pregnant lagi. Jadi anak kedua dan ketiga jaraknya 3 tahun.Anak ke 3 dan ke 4 jaraknya 4 tahun. Selepas tu memang cikjah guna kaedah kalender ...

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah

 Cara nak buat buku pink setiap kawasan mungkin tak sama.Tapi ini pengalaman Cikjah untuk buka buku pink di Klinik Rasah. Mula-mula cikjah ke Klinik Kesihatan Seremban 2, nurse kat situ cakap KK Seremban 2 tak cover alamat rumah cikjah.Cikjah kena ke KK Rasah katanya.Moral of the story call dulu klinik sebelum pergi, mana tahu dia tak cover kawasan awak walaupun rumah cikjah paling dekat dengan KK Seremban 2. Kenapa nak kena buat buku pink?sebab cikjah dinasihatkan oleh Dr supaya buat buku pink.Katanya lebih baik di hospital kerajaan sebab cikjah ada history yang akan dipantau oleh Dr pakar katanya.Ini cikjah pi hari yang sama cikjah scan di Medisina iaitu 3/11/2021 Cikjah call Klinik Kesihatan Rasah dan disuruh datang ke klinik ibu dan anak.Bila sampai sana selepas check suhu dan scan mysejahtera cikjah diminta ke bilik 22.Bila ketuk dan buka pintu tiada orang jadi cikjah menunggu sekejap.Rupanya semua nurse pergi beli sarapan.Tak lama kemudian mereka datang dengan plastik bungkus...

Pengalaman keguguran kali pertama

Tahun 2008 Masa di STJ perasan ada spotting berwarna coklat, jadi selepas habis waktu persekolahan Cikjah ke Klinik Pakar Wanita Melang. Dr. Rama scan dan cakap heartbeat dah takde.Bayangkan masa tu anak pertama dan dah 12 minggu.Langsung takde pengalaman. Dr cakap dia gugur sebab dia ada defect, baik dia gugur sekarang dari lahir ada defect.Macam tula anologi yang Dr buat.Dia cakap bukan sebab salah makan atau apa-apa yang cikjah buat.Ini sebab dia ada defect atau kelainan kromosom.Jadi dia stop growing.Kalau dia tak sihat memang baik dia pergi sekarang. Tanya Dr berulang kali betul ke sampai dia cakap you boleh pergi dapatkan second opinion kalau tak percaya.Masa ni Dr cakap kita boleh biarkan dia keluar sendiri atau dia boleh refer cikjah untuk d&c di hospital.Bayangkan dahla pergi klinik sorang, suami pulak masa ni pjj.Cikjah di Pilah, suami di KL. Masuk kereta terusla menangis bagai nak rak.Lama jugakla duduk menangis dalam keta depan Klinik Dr Rama.Kemudian call suami bagitau...

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

Image
2  September 2020 Dalam pukul 9 malam Cikjah sakit perut memulas macam nak bersalin tu.Kontraksi yang sangat teruk, kemudian rasa ada benda seketul keluar sekali dengan darah.Masa tu tengok darah yang banyak sangat dan rasa panik.Tapi memang ajaibnya semua kesakitan hilang. Panik tak tahu nak buat apa panggil suami dan flush toilet.Sepatutnya apa yang perlu dibuat ialah ambil darah beku atau kantung tu simpan dalam bekas dan tunjuk ke doktor.   Sebenarnya memang dah jangka dengan keguguran kali kedua ni sebab doktor klinik swasta cakap kantung kosong atau blighted ovum.Sedih juga sebab dah 12 minggu.Dr cakap dia akan keluar sendiri, bila sakit bolehla ke hospital.Dr ni tak pesan seandainya kantung keluar sila bawak ke hospital. Tak pergi pun buat buku pink atau scan awal sebab tu lambat dapat tahu.Tapi dah start makan New Obimin sejak period tak datang dan buat pregnancy test sendiri.Maklumla mak anak empat jadi relaks saja.Tak makan pelik-pelik bila dah tau pregnant ni.A...

Pengalaman Bersalin di hospital swasta Columbia Asia

 Memandangkan sebelum bersalin  banyak cari info dan baca blog orang lain tiba2 je rasa nak tulis blog walaupun sebelum ni pernah cuba tulis blog tp  tak berjaya sebab busy dengan tugas hakiki..ambikla peluang tulis blog dlm tempoh cuti berpantang 90 hari ini. Alhamdulillah our lil bundle of joy was born on 16 September 2014.Her birthday is going to be a public holiday every year. Pengalaman bersalin di Columbia Asia,Setapak memang best..hahaha best sebab Allah permudahkan my journey. Mudahlah sebab ada orang sakit bersalin lagi lama. 15 sept 2014 Hari ini  jln2 shopping last minute cari selipar jepun,disposable panties n socks nak bawa hospital.Balik rumah solat magrib n solat isyak pastu dlm pukul 11 rasa contraction setiap 15 minit.Pastu ckp ngan hubby nak  tidur sebab rasa esok bersalin kot.Hubby pun join masuk tidur..mild contraction je so boleh tidur sampai pukul 3 pagi. Pukul 3 pagi terjaga sebab  mimpi contraction..rupanya mmg contraction betul!bang...