Pengalaman Bersalin di hospital swasta Columbia Asia

 Memandangkan sebelum bersalin  banyak cari info dan baca blog orang lain tiba2 je rasa nak tulis blog walaupun sebelum ni pernah cuba tulis blog tp  tak berjaya sebab busy dengan tugas hakiki..ambikla peluang tulis blog dlm tempoh cuti berpantang 90 hari ini.

Alhamdulillah our lil bundle of joy was born on 16 September 2014.Her birthday is going to be a public holiday every year.

Pengalaman bersalin di Columbia Asia,Setapak memang best..hahaha best sebab Allah permudahkan my journey.

Mudahlah sebab ada orang sakit bersalin lagi lama.

15 sept 2014

Hari ini  jln2 shopping last minute cari selipar jepun,disposable panties n socks nak bawa hospital.Balik rumah solat magrib n solat isyak pastu dlm pukul 11 rasa contraction setiap 15 minit.Pastu ckp ngan hubby nak  tidur sebab rasa esok bersalin kot.Hubby pun join masuk tidur..mild contraction je so boleh tidur sampai pukul 3 pagi.

Pukul 3 pagi terjaga sebab  mimpi contraction..rupanya mmg contraction betul!bangun ke toilet nak weewee tgk ada darah rupanya.Teringat ckp doktor ni anak ke 3 so kalau ada tanda cepat ke hospital. Kejutkan hubby dengan tenang sekali ckp kat dia abang xpyh pi keja yea sebab i dah kluar darah ni..hehe

Ke toilet  lagi sekali , dlm toilet call kak nor..xangkat..yolah pukul 3 pg org tgh tido kot..call mie Alhamdulillah dia angkat. Pukul 4 mie n kak nor sampai untuk ambil iman n marissa.Alhamdulillah dikurniakan abang dan kakak ipar yang baik.Dari Damansara ke Gombak depa datang.

Sementara tunggu depa sampai  kemas baju dan barang iman n marissa.Masa tu contraction tak tetap, ingat pesan Dr Suhaimi Hassan suruh banyak berjalan.Siap kemaskan rumah,basuh baju,lipat baju semua.Hubby mandi pukul 3 lebih tu dan I mandi selepas abang balik.

At 5 a.m off to the hospital.not yet..singgah sat dekat restoran mamak NZ sebelah Columbia Asia Hospital tu. Masa tu baru nervous sebab dah sebelah hospital..huhuhu pesan roti bakar dan  milo. Hubby minum teh tarik dan share roti  dengan dia. Tak habis minum pun ajak dia sebab rasa contraction makin kerap.

Minta hubby belikan mineral water..hubby nampak tenang walaupun  tau dia nervous sebenarnya..haha Pengalaman bersalin anak pertama dia pucat macam nak pengsan.Anak kedua dia tak sempat masuk labour room.Anak ketiga ni  request dia potongla tali pusat..of course he said no..hehe

Check in at 5.30a.m

Nurses check dilation n ctg.Masa tu contraction setiap 10 minit n bukaan baru 2-3cm dan diberi  enema  untuk membuang..memang lega..Doctor Suhaimi Hassan datang dlm pukul 8 dan masa tu contraction dah hilang dan bukaan still sama.

Dr ckp pukul 5 ptg kalau still bukaan sama dia akan pecahkan ketuban.Dia pesan suruh masuk wad dan berjalan banyak2.Pastu siap suruh makan breakfast dan lunch cuz later I won't be able to enjoy them.Which I did..I makan dengan gumbira dan rasa heran sebab takde contraction dah.

4.30pm

Nurse datang nak bawa ke labour room sebab katanya nak prepare for Dr.Masa tu tengah makan sandwich Subway yang I request dari hubby tengahari tadi.Tengahari tu hubby keluar pi setelkan kerja sebab I memang  tak sakit langsung.

5.15pm

Dr Suhaimi datang dan terkejut sebab takde contraction langsung dan bukaan still 3cm.Dia bagi 2 option..masukkan ubat atau pecahkan ketuban.

Kalau masukkan ubat akan buat kita sakit contraction dan dilation akan berlaku secara lebih natural.Kalau pecahkan ketuban sakit akan lebih kerap dan rapid.So dia suruh i discuss ngan hubby nak yg mana..ikutkan I nak 2nd option.hubby prefer first option..natural.Tapi akhirnya i mintak Dr  tolong decide.

Dia buat first option..masukkan ubat dan hantar I ke wad. Sebelum itu sempatla I berseloroh esok 16 September tarikh cantik.Dia cakap kalau i nak bersalin esok dia kena masukkan ubat pukul10 mlm.I ckp xpela doctor i juz wanna it to be over n done.

After the procedure I was sent to my room and had my dinner at 7 pm.Pukul 8 mula rasa contraction tp mild jela.Pukul 8 lebih after prayer hubby cakap nak dinner kat NZ.I siap oder tosai satu..pukul 9 lebih tosai sampai tapi masa tu dah tak lalu nak mkn..sakit makin kerap..then hubby keluar ke surau untuk solat isyak.

Pukul 10 lebih rasa nak membuang dan call hubby sebab takut nk ke toilet.Hubby suggest call nurse dan bila nurse sampai masa tu ckp sambil menahan sakit..nurse suggest ke labour room untuk check dilation.

Masa tu dia offer wheelchair tapi I tolak sebab nak berjalan tapi  tak sampai 10 langkah i contraction n terpaksa disorong atas wheelchair ke labour room.Masa dlm wad td dah start baca ayat nabi yunus n mintak hubby baca sama2.

Smpai labour room i mintak pi toilet n peluk hubby kuat2 sebab sakit n after that midwife check dilation dah 4cm dan ambil suntikan painkiler kat bottom dan rasa sleepy.Kejap je dalam pikul 11 dilation dah 8cm.Masa tu entonoks pun tak membantu tapi hubby baca ayat yunus tu sama dan of course pegangan tangannya membantu.

Masa tu cakap kt midwife I rasa nak push tapi depa tak bagi..banyak kali kot rasa nak push tapi tahan sebab depa tak bagi.Dlm pukul 11.30 mlm Dr datang.Masa tu I was high..dengan entonoks dan painkiller tp still aware dgn surrounding.

Doctor datang pakai t-shirt hitam belang2 dan nampak macam baru bangun tidur.Pukul 11.30mlm kot what do you expect..patutla gaji doc mahai..hehe bila doc smpai masa tu I cakap nak push dia cakap push la..bahagia rasanye..first push tak keluar lagi..then doc cakap anytime you want to push just push..then dengan high I push for the second time..Alhamdulillah berjaya..Time 12 midnight Dr cakap.Sebelum tu doc dah pecahkan ketuban.Dr azan masa baby keluar tu dan hubby pun sama.

Doc cakap tali pusat baby terbelit kat leher tapi luckily dia cepat keluar.Alhamdulillah..ingatkan tak kena jahit..sebab rasa macam dah pandai teran tapi koyak jugak dlm 3 cm doc cakap.Doctor keluarkan placenta n darah kotor dan jahit.Masa tu dah habis tenaga tapi I dengar suara baby  kuat 9/10   apgar score dia.Alhamdulillah.

P/s : Terima kasih Dr. Suhaimi Hassan hospital Columbia Asia Setapak,Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah