Pengalaman keguguran kali pertama

Tahun 2008

Masa di STJ perasan ada spotting berwarna coklat, jadi selepas habis waktu persekolahan Cikjah ke Klinik Pakar Wanita Melang. Dr. Rama scan dan cakap heartbeat dah takde.Bayangkan masa tu anak pertama dan dah 12 minggu.Langsung takde pengalaman.

Dr cakap dia gugur sebab dia ada defect, baik dia gugur sekarang dari lahir ada defect.Macam tula anologi yang Dr buat.Dia cakap bukan sebab salah makan atau apa-apa yang cikjah buat.Ini sebab dia ada defect atau kelainan kromosom.Jadi dia stop growing.Kalau dia tak sihat memang baik dia pergi sekarang.

Tanya Dr berulang kali betul ke sampai dia cakap you boleh pergi dapatkan second opinion kalau tak percaya.Masa ni Dr cakap kita boleh biarkan dia keluar sendiri atau dia boleh refer cikjah untuk d&c di hospital.Bayangkan dahla pergi klinik sorang, suami pulak masa ni pjj.Cikjah di Pilah, suami di KL.

Masuk kereta terusla menangis bagai nak rak.Lama jugakla duduk menangis dalam keta depan Klinik Dr Rama.Kemudian call suami bagitau pasal ni.Memang tersangat emosi.Memang masa pregnant kali pertama ni emosi sungguh tak stabil.Hampir setiap hari menangis!

So, cikjah boleh relate yang setiap kali keguguran mesti sebab emosi yang tak stabil.Kali pertama sebab suami berjauhan, kali kedua dan ketiga cikjah tak ready ,betul ke ni?Kitakan merancang tapi Allah sebaik-baik Perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk cikjah sebab tu Dia ambil balik.

Suami jemput di rumah mama dan bawak cikjah ke  Subang Jaya Medical Centre. Dr Siti scan dan terangkan kaedah d&c secara panjang lebar.Dia cakap boleh je nak tunggu dia keluar naturally tapi memandangkan emosi cikjah yang tak stabil Dr suggest untuk terus d&c. Cikjah pun setuju.Lepas prosedur rehat kejap dan boleh terus balik kata Dr.

Alhamdulillah masa dalam OT cikjah dibius sepenuhnya.Bila sedar sebab nurse panggil nama. Rasa sakit sangat dan minta painkiller dari nurse.Nurse bagi dan rasa lega sangat.Rehat sekejap dan dah boleh discaj.

Itulah pengalaman pertama keguguran.Selepas 3 bulan, Alhamdulillah cikjah dapat Bang Man.Doktor pun cakap biasanya selepas gugur, rahim akan lebih subur dan tebal.Semua dengan izinNya.

P/S: Terima kasih Kak Diana dan Abang D.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah