Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang
20/4/2011
Anak pertama lahir di hospital swasta jadi anak kedua cikjah fikir nak jimat bajet.Lagipun sama je kan sakit nak bersalin tu sama je di mana-mana pun. Lagipun cikjah kan orang gomen juga.Masa nila boleh nak pakai priviledge tu kan.Itu kata-kata nak sedapkan hati.
Alhamdulillah mama cikjah ada untuk tolong jaga Bang man.Pagi 20 April 2011 dah start keluar tanda jadi cikjah ajak suami ke hospital Selayang dalam pukul 8 pagi.Sebelum tu singgah sarapan di restoren berhampiran hospital.
Sampai di hospital doktor pelatih check bukaan dan baru 2 cm katanya, jadi dia suruh balik dulu dan datang apabila contraction menjadi semakin kerap.Lagipun wad penuh jadi dia suruh balik dulu.Suspens jugakla tapi balikla jugak.
Pukul 10 malam bila contraction dah jadi setiap 15 minit cikjah ajak suami ke hospital.Masa ni bersyukur sangat sebab ada mama tolong jagakan si sulung.Masa tu iman pun kecikla lagi.Masih menyusu badan bila nak tidur.
Sampai di hospital Dr check bukaan lagi sekali dan katanya baru 4cm.Jadi cikjah dimasukkan ke wad sementara nak bersalin.Memang cuba untuk tidur juga tapi sakit semakin kerap.
Suami tunggu di luar.Tapi nurse cakap akan panggil suami bila dah nak bersalin.Pukul 3.25 pagi cikjah selamat melahirkan seorang puteri berat 2.87 kg.Masa tu suami tak dipanggil pun, cikjah pun tengah sakit manalah nak ingat.Alhamdulillah doktor dan nurse sangat supportive semasa proses melahirkan baby.
Tapi bab dijahit tu memang rasa sakit dan pedih.Ada koyakan jadi Dr Amirah tu jahitkan.Setiap kali mengaduh Doktor tu minta maaf.Masa ni dah compare dah kenapa di hospital swasta tak rasa sakit langsung masa Dr jahit koyakan tu.Rasanya selama-lamanya dijahit hidup-hidup.Tapi yang menguatkan cikjah ialah baby yang tengah menyusu semasa proses menjahit tu dijalankan.
Masa suami dipanggil tu nurse ada, cikjah pula tengah menyusukan baby.Macam dalam babak drama suami tanya "macamana isteri saya?". Nurse tu jawab "tengokla sendiri, macamtulah dia."Adoi potong stim betul kan.Tapi apa nak buat dah memang kena ready la kalau ke hospital kerajaan.Kalau nak treatment baik pila swasta nun.
Suami cakap instead of jawab sepatah"ok" nurse tu rela cakap banyak patah pulak.Memang orang yang sensitif macam kami ni baik pi swasta.Sebab tulah cikjah selalu cakap kalau ada duit baik pi swasta.Kat swasta orang yang manja cam cikjah ni rasa dibelai-belai gitu dan tiada doktor pelatih.Jadi bertekad anak ketiga mesti bersalin di swasta.
Alhamdulillah 21/4/2011 petang cikjah dah boleh discaj.Terima kasih kepada semua staff Hospital Selayang.
Comments
Post a Comment