Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

September 2020

Dalam pukul 9 malam Cikjah sakit perut memulas macam nak bersalin tu.Kontraksi yang sangat teruk, kemudian rasa ada benda seketul keluar sekali dengan darah.Masa tu tengok darah yang banyak sangat dan rasa panik.Tapi memang ajaibnya semua kesakitan hilang.

Panik tak tahu nak buat apa panggil suami dan flush toilet.Sepatutnya apa yang perlu dibuat ialah ambil darah beku atau kantung tu simpan dalam bekas dan tunjuk ke doktor.
 
Sebenarnya memang dah jangka dengan keguguran kali kedua ni sebab doktor klinik swasta cakap kantung kosong atau blighted ovum.Sedih juga sebab dah 12 minggu.Dr cakap dia akan keluar sendiri, bila sakit bolehla ke hospital.Dr ni tak pesan seandainya kantung keluar sila bawak ke hospital.

Tak pergi pun buat buku pink atau scan awal sebab tu lambat dapat tahu.Tapi dah start makan New Obimin sejak period tak datang dan buat pregnancy test sendiri.Maklumla mak anak empat jadi relaks saja.Tak makan pelik-pelik bila dah tau pregnant ni.Ambik supplemen New Obimin je.

Malam dalam pukul 10 suami bawa ke emergency, tapi bila tengok orang sangat ramai dan masa ni kes covid sangat tinggi cikjah jadi takut dan ajak suami balik.Masa ni pendarahan sikit je macam period biasa dan tak sakit.

Balik rumah dan tidur macam biasa.

3 September 2020

Cikjah ke hospital  Tuanku Jaafar Seremban pukul 6 petang, saja pergi lambat supaya darah kotor keluar dan biar Dr check mudah-mudahan dah clear semua. Lagipun masa ni dah takde rasa sakit dan pendarahan pun sikit sangat.Rupanya kesalahan terbesar ialah bila kita tak bawak janin/kantung yang keluar tu atau atleast ambik gambar.

Dr pelatih jadi blur dan sementara nak masukkan cikjah ke ward, Dr pelatih amik darah kat lengan dan cucuk jarum untuk masuk air ke tangan.Itupun mengambil masa yang lama sebab Dr tak jumpa urat,banyak kali kena cucuk.Banyak kali dia minta maaf.

Lepas tu Dr senior perempuan melayu scan dari bawah dan dia cakap masih ada sisa dan rahim masih tebal jadi dia akan bagi ubat untuk kecutkan rahim dan mungkin kena buat d&c.

Malam tu tak lena tidur sebab suspen kalau kena buat d&c. Rasa macam dah keluar semua tapi percayala kepada Dr kan.Malam tu ada Dr pelatih yang datang tanya soalan macam-macam.

4 September 2020
Pukul 5 pagi Dr perempuan berbangsa India datang dan check rahim, dia cakap rahim awak masih tebal dan perlu buat d&c. Cikjah tanya dia boleh ke biar dia keluar secara naturally, dia cakap tak boleh dan boleh membawa kematian sekiranya ada infection atau sepsis.Takut weh!

Kemudian Dr explain pasal d&c dan ada cakap pasal risiko rahim tertembus semasa prosedur.Tapi katanya ratio 1:1000. Cikjah kena sign surat kebenaran sebelum prosedur. Dalam surat ni rasanya ada tulis pasal takkan ambik tindakan undang-undang.Entahla tak pasti.

Pukul 6 pagi masuk OT dan Dr bius  bagi epidural iaitu bius separuh badan , dia cakap kejap je d&c ni 15 minit dah siap.Masa dalam OT sejuk sangat menggigil.Masa tu Dr masuk bercakap dengan geng-geng dia.Tak tau yang mana satu Dr sebab dia pun takde tegur kita terus je buat prosedur. Serius rasa macam you are nobody here.

Tak sampai satu minit dengar Dr tu cakap "Alamak!there's perforation! tulah bagi kes subuh-subuh sangat!" 

"Panggil Doktor pakar sekarang!"

Masa ni Cikjah dah tau apa yang berlaku sebab cikjah faham perforation tu maksudnya tembus.Masa ni cikjah doa je semoga Allah panjangkan umur cikjah.Sepanjang Dr pakar tu nak datang takde sapa bagi tau apa-apa. Salah aku ke???

Bila Dr pakar datang, dia perkenalkan diri dan bagitau pasal uterus tertembus  jadi dia akan buat laparoscopy untuk jahit balik.Akan buat 3 lubang sepanjang 1 cm untuk masukkan kamera dan alat jahit.Sepanjang prosedur ni cikjah akan dibius penuh.Merasala epidural dan bius penuh dalam hari yang sama.

Kemudian, doktor bius bagi hidu gas melalui mask dan suruh kira sampai 10.Rasanya tak sampai 4 dah pengsan.

Bila terjaga, ada banyak sangat wayar kat tangan.Lepastu kat leher ada gauze.Ubat apalah yang dia masuk ikut leher sebab bila dah buka gauze tu tengok macam luka kesan lubang.Kemudian cikjah dipindahkan ke wad biasa.Prosedur 15 minit bertukar menjadi 3 jam.

Selepas 6 jam nurse tanggalkan urine bag dan dah boleh bangun.Lepas tu Dr Pakar buat round bersama dengan Dr perempuan tu dan panggil suami untuk cakap pasal prosedur tadi.Dr cakap rahim dan ovari masih cantik, boleh pregnant lagi.Tapi sekiranya pregnant lagi memang kena operate. Dengar perkataan operate tu pun cikjah dah seram.

Cakap dengan suami kalau nak saya bersalin lagi cadang duit untuk hospital swasta.Tapi memang masa ni dah serik dah nak pregnant lagi. Sakit sangat bila bersin, batuk,atau gelak.Rasa nak terburai isi perut.Masa tulah baru cikjah start makan supplement Forever seperti madu.Sebelum tu memang tak makan langsung!

Start makan pomesteen, aloevera gel dan artic sea sebab nak cepat baik.Jangan cakap saya gugur sebab makan forever yea, masa pregnant memang saya tak ambil benda lain selain pregnancy supplemen iaitu New Obimin dan acid folic.

Bila Dr cakap tu kami berdua tak tahu nak cakap apa, masing-masing diam.Kemudian tanya Dr boleh tak balik harini. Alhamdulillah petang dah boleh discaj.Satu lagi kesalahan terbesar cikjah ialah minta discaj awal sangat.Patutnya tidurla semalam lagi di hospital supaya dapat rehat yang cukup.

Tapi masa tu takde hati nak duduk lama di hospital sebab layanan nurse pun kurang baik.Bayangkan bila cikjah tekan loceng dan bagitau nurse mata rasa gatal dan bengkak sebab rasanya alergy ubat atau something.Dia cakap "sebab ni je awak tekan loceng?". 

Jadi kalau ada duit silalah ke hospital swasta.Kalau takde duit doa banyak-banyak semoga takkan pernah alami situasi macam cikjah ni.

Cikjah dapat mc 2 minggu tapi selepas dua minggu cikjah dapat mc 2 minggu dari klinik swasta sebab masih belum sembuh fizikal dan mental.Tiada follow up tapi kesan sampingan yang cikjah alami sangat banyak.

Ni kena cerita dalam next post pulak.

Sebelum discaj cikjah diberi kad berwarna pink, kata Dr ini macam Ic awak sekiranya mengandung lagi kena bawak ni.

P/s : Terima kasih kepada Dr pakar terbabit yang berbangsa cina yang telah membaiki kesilapan yang dilakukan Dr perempuan berbangsa melayu tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah