Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

 Anak pertama memang dah cakap dengan suami nak bersalin di hospital swasta.Orang cakap best bersalin kat hospital swasta ni.Jadi cikjah mula google Dr pakar sakit puan di Seremban ni dan baca banyak pasal Dr Sukhilmi.Jadi cikjah buat appoinment dan booking dengan beliau di kliniknya.Masa tu Hospital Bersalin Sukhilmi belum siap.

Cikjah keluar tanda pukul 8 malam 9/9/2009. Cantik tarikh dia kan?Tapi berdasarkan pembacaan cikjah anak pertama biasanya akan sakit lebih 12 jam. Jadi cikjah call bagitau suami dah start keluar tanda ni jadi bersedialah mungkin esok bersalin.Suami masa tu di KL dan cikjah di Pilahdelphia.

Pukul 4 pagi kontraksi semakin kuat jadi cikjah ajak mama ke hospital.Bayangkan masa tu bulan puasa.Kesian mama dan adik lelaki cikjah.Sahur pun makan kurma je.Perjalanan ke hospital Salam mengambil masa 35-45 minit.Bersyukur sangat ada Cik Amad yang boleh bawakan ke hospital.

Singgah beli McDonald berhampiran Hospital Salam untuk bersahur.Tapi cikjah tak makan pun.

Nak dijadikan cerita mama dah call suami tapi tak berjawab.Suspens sungguh masa ni sebab suami cakap telefon tu tak berbunyi.Masa tu baru tukar sim ke telefon baharu katanya.Jadi bila subuh baru suami tersedar ada banyak misscall dari mama dan ciksah. Kemudian suami call mama dan bergegas ke hospital.

Alhamdulillah suami sempat sampai dari KL dalam pukul 8 pagi.Doktor sampai dalam pukul 8.30 pagi dan masa tu beliau check bukaan dan air ketuban terpecah.Cikjah tanya Dr pecahkan ke?Dia cakap tak.Jadi selepas tu contraction jadi semakin rapid dan nurse mula sediakan peralatan.

Dalam labour room tu kaki cikjah diletakkan di atas tempat yang disediakan.Macam sedikit tergantung kiri dan kanan.Ada besen di bawahnya.Suami ada disebelah dan memegang tangan masa ni.Mama cikjah ada diluar.Mama cakap taknak masuk mungkin sebab kesian.

Ramai-ramai bagi sokongan untuk push masa ni sebab dah nampak kepala baby katanya.Cikjah tak pandai push,everytime putus nafas dan baby masuk balik . Jadi bila kali ketiga push baby masih tak keluar cikjah merayu doktor supaya operate jela Dr.Dah tak tahan sakit.Dr cakap boleh ni, kalau kali ni masih tak boleh Dr akan guna forcep atau vakum untuk keluarkan baby.Dr siap tunjukkan forcep tersebut.

Sebelum tu Dr dah gunting sedikit jalan untuk memudahkan baby keluar.Alhamdulillah mungkin sebab taknak baby cikjah kena forcep atau vakum cikjah jadi bersemangat untuk push.Lahirla anak sulung cikjah pukul 9 pagi seberat 2.85kg.Dr tunjuk baby dan letak atas badan cikjah.

Suami muka pucat lesi.Kalu toreh pun tak berdarah agaknya.Bila Dr cakap awak nak potong tali pusat baby? Cuba teka dia jawab apa? "Saya nak keluar doktor."Nasib baik dia tak pengsan.Hahaha

Kemudian nurse ambik baby untuk dibersihkan.Doktor keluarkan uri dan kemudian jahit koyakan yang ada dan masa ni tak sakit langsung.Mungkin kesan bius.Doktor pun sempat berborak dengan nurse.Cikjah masa ni dah penat tak bermaya.Nurse bagi minum milo dengan straw.

Kemudian mama masuk, dia cakap banyaknya darah kat atas lantai dan dalam besen tu.Patutla suami cikjah macam nak pengsan.Hehehe

Kemudian cikjah ditempatkan di wad yang paling besar kat situ sebab wad lain penuh.Cikjah tinggal dua malam sebab doktor nak pantau baby.Badan baby naik merah-merah selepas malam pertama.Itu sebabnya baby dipantau.

Sebab itulah iman ada asma semasa baby, kulit pun sensitif.Alhamdulillah asma dah hilang semakin dia membesar.

p/s: Terima kasih Dr Sukhilmi dan staff Hospital Salam, Senawang.Semasa di sini ada pakar laktasi datang ajar cara yang betul untuk susukan baby.Dapat juga hadiah dari hospital dan layanan memang best.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah