TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah

 Cara nak buat buku pink setiap kawasan mungkin tak sama.Tapi ini pengalaman Cikjah untuk buka buku pink di Klinik Rasah.

Mula-mula cikjah ke Klinik Kesihatan Seremban 2, nurse kat situ cakap KK Seremban 2 tak cover alamat rumah cikjah.Cikjah kena ke KK Rasah katanya.Moral of the story call dulu klinik sebelum pergi, mana tahu dia tak cover kawasan awak walaupun rumah cikjah paling dekat dengan KK Seremban 2.

Kenapa nak kena buat buku pink?sebab cikjah dinasihatkan oleh Dr supaya buat buku pink.Katanya lebih baik di hospital kerajaan sebab cikjah ada history yang akan dipantau oleh Dr pakar katanya.Ini cikjah pi hari yang sama cikjah scan di Medisina iaitu 3/11/2021

Cikjah call Klinik Kesihatan Rasah dan disuruh datang ke klinik ibu dan anak.Bila sampai sana selepas check suhu dan scan mysejahtera cikjah diminta ke bilik 22.Bila ketuk dan buka pintu tiada orang jadi cikjah menunggu sekejap.Rupanya semua nurse pergi beli sarapan.Tak lama kemudian mereka datang dengan plastik bungkusan makanan.Ada nurse lain tolong sound tak kisahla nak pergi kantin tapi tinggalla sorang ni semua pergi.

Nurse yang incharge kawasan cikjah suruh duduk dan tanya beberapa soalan.Pastikan bawa gamba scan dari klinik swasta atau UPT yang menunjukkan positif pregnant.Haritu 3/11/2021 dan nurse cakap awak boleh datang 9/11/2021 pukul 8 pagi untuk buka buku pink.

Nanti masa 9/11/2021 cikjah diminta untuk bawa

 salinan IC suami isteri,

 salinan sijil nikah 

dan buku pink lama sekiranya ada

Kenapa tak cakap je dalam telefon?Entahlah.Katanya ini semua prosedur. Jadi mungkin S.O.P setiap tempat tak sama jadi pastikan telefon dulu KK yang awak nak pergi.Cikjah duk terbayang orang yang takde kenderaan camnala agaknya nak kena datang banyak kali semata nak buat buku pink.

Kalau ada duit lebih silalah ke swasta, kalau takde duit sila doa banyak-banyak semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesabaran olehNya.

Ditakdirkan Allah cikjah tak sempat pun buka buku pink sebab 8/11/2021 cikjah dapat tahu no more heartbeat.Semuanya sudah tertulis.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban