IUCD atau Implanon?

 Dr Vicky suggest  cikjah guna kaedah perancangan keluarga IUCD atau Implanon. Dia cakap kalau IUCD ada banyak kes pregnant juga tapi kalau implanon langsung takde. Success rate dia 100% tapi company dia cakap 99% sebab takut kena saman kalau sekiranya ada yang pregnant juga.

Tapi kedua-dua kaedah ni akan kacau hormon.Semuanya bergantung kepada badan seseorang. Kalau IUCD cikjah dah seram sebab dia akan masukkan kat 'bawah' tu.Implanon pula dia akan masukkan di bawah kulit di bahagian lengan.

IUCD kena tukar setiap 3 tahun. Implanon ada yang setiap 3 tahun atau 5 tahun. Caj Implanon RM800 bagi yang 5 tahun. IUCD cikjah tak tanya pulak sebab seramla sebab penjagaan dia lebih.

Kenapa sistem kalender tak berkesan dah?sejak anak kedua cikjah praktiskan kaedah ni.Maklumla jarak anak kedua dan pertama rapat sangat.Anak pertama 11 bulan cikjah pregnant lagi. Jadi anak kedua dan ketiga jaraknya 3 tahun.Anak ke 3 dan ke 4 jaraknya 4 tahun.

Selepas tu memang cikjah guna kaedah kalender sebab kami rasa cukupla fokus kat 4 orang ni saja.Cikjah siap install apps period tracker untuk kaedah merancang keluarga mengikut kalender ni.Tapi kita merancang, Allah sebaik-baik perancang.

Jadi cikjah tanya pendapat kawan-kawan uni sekiranya mereka boleh share kaedah merancang keluarga yang terbaik.

Setakat ni cikjah masih takut dengan IUCD dan implanon. 'Yasmin' katanya perancang keluarga yang paling mahal dan paling efektif .Boleh stop sekiranya kacau hormon dengan teruk sebab dia dalam bentuk pil.Mahal katanya harga boleh mencecah RM45-60 berbanding pil lain yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah.Sepeket yasmin ada 21 pil.

Tapi yang bestnya yasmin boleh mencantikkan kulit. Katanya ramai Mak Nyah makan ini untuk hormon wanita.Hari tu Dr tak sebut pasal pil perancang mungkin failure rate sangat tinggi sekiranya tidak makan mengikut aturan.

Sebenarnya pil perancang kena sangat disiplin, kena makan setiap hari dan pada waktu yang sama. Contoh setiap hari sebelum tidur.

Jadi kalau orang yang tidak berdisiplin atau malas makan pil.Pil perancang bukan option.

Ada kawan cakap kenapa tak suggest vasektomi? Vasektomi ni orang lelaki yang akan kena buat.Macam ala-ala kaedah 'ikat' untuk perempuan tu tapi semuanya memerlukan kepakaran dan nasihat doktor.

Cikjah pun tanya juga suami tapi kami sekeluarga sejak kejadian cikjah tertembus rahim tu setiap minor operation adalah major operation. Even anak nak bersunat pun cikjah jadi nervous lain macam.Selalu terpikir what if? ,what if?

Ada juga suami kawan cikjah yang offer diri nak vasektomi.Wow sangat, semoga prosedur tu selamat kepada beliau.Yang bestnya tak perlula nak pakai IUCD ,Implanon atau makan pil.

Sekarang tengah pantang ni bolehla survey lagi.

P/s : Terima kasih kepada semua yang memberi tips dan sharing pengalaman anda dengan cikjah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah