Pengalaman keguguran kali ketiga di saat 7 minggu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cikjah nak share experience pasal keguguran atau miscarriage dalam blog.

Mana tahu dalam blog ni juga boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang mungkin sedang alami masalah yang sama.Lebih-lebih lagi cikjah dah ada 3 kali pengalaman di hospital swasta, hospital kerajaan dan klinik pakar wanita swasta.Jadi cikjah letak berapa caj di klinik swasta yang cikjah pergi.

Doktor cakap ikut tarikh period usia kandungan adalah 9 minggu, tapi "baby stop growing at 7 weeks." Walaupun dah pernah ada experience gugur, setiap kali perasaan sedih kehilangan tu tak dapat dibendung.Tapi cikjah redha.Mungkin ini yang terbaik.

Cikjah dapat tahu pregnant bila period lewat seminggu dan buat ujian pregnancy di rumah.Cikjah punya family planning ikut kalender,Maknanya selepas ni memang dah tak boleh ikut kalender.Mama cikjah cakap subur sebab makan produk forever kot.Lepas ni Dr suggest IUCD atau Implanon.

Tahun lepas cikjah start jadi member Foreber bulan june 2020, cikjah pregnant bulan julai 2020.Bila tahu pregnant memang cikjah berhati-hati dan stop supplemen.Masa tu tak makan supplemen forever pun gugur juga.

Jadi bila kali ini cikjah gugur ramai yang buat andaian sebab cikjah kuat makan supplemen forever itu adalah tidak benar!

Jadi subur sebab Forever mungkin benar!

Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz!

Oklah back to my story.

3/11/2021 

Cikjah ke klinik Medisina, Seremban 2 ( caj RM138)

Sebab ada pendarahan. Sikit je tapi bila ada darah beku yang keluar hati rasa tak sedap.Masa ni Dr scan, detak jantung baby masih ada dan Dr bagi duphaston atau ubat untuk kuat rahim.Setiap hari ambil sebiji tapi setiap hari mesti ada pendarahan.Darah kadang berwarna coklat, kadang darah beku, kadang berwarna merah.

Masa pregnant kat Kakak Baby pun cikjah pernah bleeding dan dapat duphaston.Tapi cikjah makan sebijik je sebab baca buku dia tulis duphaston tu takkan membantu pun kalau nak gugur.Alhamdulillah Kak Baby kuat.

8/11/2021 

ke klinik Pakar Wanita Metro Seremban 2 (caj RM120)

Masa ni sebab pendarahan masih tak berhenti dan cikjah rasa perut dah kecik.Setiap hari pasang doa/ruqyah semoga selamat.Tapi bila Dr. Vicky scan katanya dah takde detak jantung dan dia cakap baby akan keluar sendiri.Dia bagi next appoinment 15/11/2021.

10/11/2021

 Klinik Pakar Wanita Metro Seremban 2 ( caj RM160)

Pagi ni pendarahan yang banyak macam period.Jadi cikjah dah start pakai pad, sebelum ni bila nak buang air je darah keluar, itu pun kadang-kadang.Cikjah tak pergi keja dan ready yang janin akan keluar harini.

Pagi buat aktiviti seperti biasa sebab cikjah baca untuk memudahkan proses keluarnya janin.Sakit dia macam kontraksi nak bersalin tu. Mula-mula setiap sejam,kemudian setiap 10 minit, kemudian setiap 5 minit.

Kita akan membuang macam sebelum nak bersalin tu.Clear rasa perut tapi sakit kontraksi masih ada.Masa ni cikjah minta sokongan suami untuk duduk dalam bilik sama.Sebab sakit dia memang buat cikjah nangis dan mengaduh kesakitan.

Bila suami belai kepala tu pegang tangan tu terubatla sikit rasa sakit tu.Itupun cikjah sempat cubit dan pukul dia sikit sebab geram.Time sakit sorang-sorang.😓

Anyway sebelum tu cikjah minta suami untuk bersihkan toilet sebab cikjah tau kemungkinan besar janin akan jatuh dalam tu.Dalam pukul 4 lebih kontraksi sangat kuat dan rasa nak buang air besar. Alhamdulillah janin keluar dengan sedikit darah.Hilang semua rasa sakit.

Cikjah panggil suami dan tunjukkan dia janin yang cikjah dah ambik dan masukkan dalam bekas.Dr. Vicky dah pesan nanti bawa janin tu sekiranya dah keluar.Cikjah call klinik dah dia suruh datang pukul 6 petang.

Kemudian cikjah mandi dan bersihkan diri sebab tau Dr. Vicky akan scan ikut bawah tu.Pakai pad tapi masa ni darah keluar sikit je, mungkin dah keluar banyak masa sebelum ni.Masa ni memang dah tak sakit.

Alhamdulillah sampai sana tunggu kejap sebab ada patient, bila tiba giliran cikjah nurse perempuan yang masukkan alat scanner tu dan Dr. Vicky scan.Dr Vicky ni lelaki tapi aurat still terpelihara tau.Dia cakap semua dan keluar dan rahim dan clear dan nipis.So tak perlu d&c. Dr bagi mc seminggu.

Kenapa cikjah tak ke hospital government? Sebabnya cikjah dah trauma selepas kejadian uterus tertembus pada 4/9/2020.Nantila Cikjah cerita dalam next post pasal keguguran kali ke 2 dan hospital kerajaan.

11/11/2021

Alhamdulillah suami dah tanam janin kami di belakang rumah.Bersemadilah kamu dengan tenang wahai anak mama.

P/s: Terima kasih kepada Nadia sebab share tips.Nadia juga baru kehilangan.Hanya orang yang pernah alami je tau perasaan ni.

p/s : Sepanjang dah tau pregnant ni pun cikjah takde makan pelik-pelik.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin dengan Dr Sukhimi di Hospital Salam, Senawang

Pengalaman Keguguran kali kedua dan D&C di hospital Tuanku Jaafar Seremban

TCA Booking atau Cara buat Buku Pink di KK Rasah